2
RANCANGAN PEMBANGUNAN SABAH satu (RPS1)
Wanita & Anak Muda
Tonggak Negara
Wanita & Anak Muda Tonggak Negara
Wanita Unggul, Tiang Seri Negara
Wanita Terajui Pembuat Dasar
Memastikan 30% Penglibatan Wanita sebagai pembuat dasar dalam perkhidmatan awam negeri Sabah dipenuhi secara konsisten. Ia adalah untuk memperkukuhkan peranan wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan di samping mengiktiraf keupayaan dan sumbangan wanita dalam pembangunan sosioekonomi dan politik negeri.
Kementerian Pembangunan Wanita Sabah
Mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sabah bagi mengurus hal ehwal pembangunan, kebajikan dan perlindungan wanita, kanak-kanak serta komuniti di seluruh negeri. Kementerian ini akan diterajui oleh Menteri Wanita Sabah, selaras dengan struktur kementerian di Persekutuan dan Sarawak, bagi memperkukuh dasar inklusif dan memastikan isu wanita dan keluarga diberi keutamaan dalam agenda pembangunan negeri.
Insentif i-Suri RM600 One-Off
Pemberian insentif Dana i-Suri sebanyak RM600 secara one-off kepada pencarum BAHARU KWSP di kalangan suri rumah, balu dan ibu tunggal berdaftar dalam sistem e-Kasih yang tidak mempunyai pendapatan tetap, bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam skim simpanan persaraan serta meningkatkan jaminan sosial keluarga berpendapatan rendah.
Skim Sayangi Wanita Sabah
Pelaksanaan Skim Sayangi Wanita yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada wanita berumur 40 tahun ke atas, merangkumi ujian mammogram, pap smear dan saringan kanser serviks, bagi menggalakkan pengesanan awal penyakit dan meningkatkan tahap kesihatan wanita Sabah
Wanita & Anak Muda Tonggak Negara
Orang Muda Pemangkin Perubahan
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (TVET) & SKIVETS
Menubuhkan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (TVET) bertaraf antarabangsa di Sabah serta memperkenalkan Skim Skill TVET Sabah (SKIVETS) sebagai laluan kerjaya belia. Melalui kerjasama strategik dengan syarikat antarabangsa, tempatan, swasta dan GLC, skim ini bukan sahaja melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi tetapi juga menjamin penempatan pekerjaan kepada belia di Syarikat yang berdaftar di bawah SKIVETS, sekali gus memperkukuh pembangunan tenaga mahir dan ekonomi negeri Sabah.
Rumah Untuk Belia (Casa Belia)
Pembinaan Casa Belia iaitu Rumah Untuk Belia, Rumah Mampu Milik, Sifar Deposit sebanyak 1,000unit setahun (konsep Sewa untuk Milik) bagi pembelian rumah pertama kepada belia tempatan Sabah.
Rumah Transit Belia (RTB)
Menyediakan 500 unit Rumah Transit Belia (RTB) di bandar-bandar utama dengan kadar sewaan rendah untuk belia daripada luar bandar yang baru memulakan pekerjaan. Tempoh kediaman dihadkan kepada maksimum satu tahun, bagi membantu golongan belia menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar, mengurangkan beban kos sara hidup, serta memberi masa untuk merancang pemilikan rumah pertama mereka.
Dana Belia Niaga (DanaBN)
Menawarkan dana maksimum RM5,000 kepada beliaSabah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan, ekonomi gig, kemahiran digital dan aktiviti keusahawanan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan budaya niaga dalam kalangan belia, memperkasa ekonomi tempatan, serta melahirkan usahawan belia berdaya saing dan inovatif.
Program Peneroka Muda (PEMUDA)
Program Peneroka Muda (PEMUDA) akan diperkenalkan dengan memberikan kemudahan tanah berstatus sementara (TOL) secara berkumpulan untuk diusahakan melalui aktiviti pertanian, penternakan dan akuakultur dengan saluran dana serta bimbingan agensi berkaitan. berdaya saing dan inovatif.
Koperasi Usahawan Anak Muda Daerah
Menubuhkan Koperasi Usahawan Anak Muda di setiap daerah bagi membuka peluang ekonomi dan memperkukuh jaringan perniagaan belia. Melalui Program Mentorship GLC Sabah, koperasi ini akan membimbing usahawan belia dalam bidang pengurusan, pemasaran dan inovasi, seterusnya membina ekosistem keusahawanan belia yang mampan dan berdaya saing.
Dana Khas Pembangunan Sukan Anak Muda
Menyediakan dana khas Pembangunan sukan dan e-sukan untuk membangunkan bakat, menjana kerjaya, ekonomi dan invosi dalam dunia digital agar para atlet mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Hub Sukan Permotoran Moden
Membangunkan Hub Sukan Permotoran Moden melalui pembinaan litar lumba moden dengan kemudahan lengkap untuk sukan Cub Prix, Drag, Drift dan Karting.
Port Aspirasi Anak Muda
Mewujudkan Port Aspirasi di 10 Daerah (sebagai permulaan) di mana kerajaan dengan kerjasama pihak swasta akan menyediakan tempat atau pusat aktiviti anak muda mengembangkan ekonomi, bakat budaya, kreativiti, latihan digital dan aktiviti keusahawanan.
Program Pemberian Lesen Lori GDL PERCUMA untuk Orang Muda B40
Melaksanakan Program Pemberian Lesen Lori GDL percuma kepada golongan belia B40, bagi membuka peluang pekerjaan dalam sektor logistik dan pengangkutan.
Muatturun Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1)
Soalan Lazim (FAQ)
Manifesto BN Sabah 2025
Manifesto Barisan Nasional Sabah bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah Ke-17 dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Sabah Satu atau RPS1
Apakah fokus utama Manifesto BN Sabah 2025?
Meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pemacuan ekonomi, pembaikan infrastruktur asas (air, elektrik, jalan, internet), peluang pekerjaan dan pendidikan, perlindungan sosial B40, serta tadbir urus telus.
Bagaimana manifesto memastikan manfaat sampai ke luar bandar?
Melalui 1 Daerah 1 Industri (1D1I), dana pelancongan desa, mini-grid biojisim pedalaman, rumah
transit belia bandar, koperasi belia daerah, dan naik taraf jalan penghubung.
Adakah semua janji bermula serta-merta?
Tidak semua. Ada yang bertahap/berkala (contohnya projek besar infrastruktur dan reform perundangan), dengan garis masa dinyatakan pada setiap program.
Bagaimana keutamaan ditetapkan?
Berdasarkan impak kepada kos sara hidup, akses perkhidmatan asas, peluang pekerjaan, dan ekuiti wilayah (bandar–luar bandar).