4
RANCANGAN PEMBANGUNAN SABAH satu (RPS1)
Transformasi Politik &
Tadbir Urus
Transformasi Politik & Tadbir Urus
Hak-Hak Sabah
Jawatankuasa Khas Dewan Undangan Negeri
Barisan Nasional Sabah komited memperkukuh hak dan autonomi negeri melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau pelaksanaan terma-terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Jawatankuasa ini akan berperanan mengkaji dan menyemak semula undang-undang penting seperti Petroleum Development Act 1974, Akta Wilayah Laut 2012, dan Akta Perikanan 1985, agar hak Sabah terus dipelihara. Langkah ini membuktikan kesungguhan BN mempertahankan kepentingan negeri dalam Persekutuan dan memastikan suara rakyat Sabah didengar serta dihormati.
Pemulangan 40% Hasil Pendapatan Sabah
Barisan Nasional Sabah konsisten untuk menuntut 40% hasil pendapatan yang diperoleh dari negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Tuntutan ini bukan sekadar janji politik, tetapi perjuangan berasaskan hak perlembagaan untuk memastikan Sabah menikmati Pembangunan yang adil dan setara selaras dengan semangat Persekutuan Malaysia.
Wakil Sabah Dalam GLC
Menuntut agar Wakil Sabah dilantik dalam setiap syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan (GLC) sebagai langkah pengiktirafan terhadap hak, suara dan kepentingan negeri Sabah. Pelantikan ini penting untuk memastikan keputusan strategik yang dibuat di peringkat nasional turut mengambil kira keperluan serta aspirasi rakyat Sabah.
Transformasi Politik & Tadbir Urus
Transformasi Tadbir Urus & Perkhidmatan Awam
Penstrukturan Semula GLC
Menstruktur semula syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC) yang mempunyai pertindihan fungsi dan peranan. Langkah ini bertujuan meningkatkan ketelusan, kecekapan dan integriti dalam pengurusan pentadbiran. Dengan penstrukturan semula ini, setiap entiti akan beroperasi dengan lebih fokus, berdaya saing dan memberi manfaat terus kepada pembangunan Sabah. BN komited memastikan kecekapan pengurusan sekaligus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap peranan syarikat-syarikat berkaitan. berdaftar di bawah SKIVETS, sekali gus memperkukuh pembangunan tenaga mahir dan ekonomi negeri Sabah.
Pemerkasaan Jabatan Tanah dan Ukur
Memperkasakan pentadbiran Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) bagi memastikan proses pengeluaran geran tanah lebih cepat, telus dan efisien kepada semua pemohon yang berhak. Penambahbaikan terhadap sistem PANTAS turut dilaksanakan bagi mempercepat pengeluaran geran Tanah Adat / Anak Negeri (NCR). Langkah ini membuktikan kesungguhan BN dalam melindungi hak milik tanah rakyat Sabah, demi memastikan anak jati Sabah memiliki tanah sendiri secara sah dan teratur.
Pendigitalan Jabatan Kerajaan
Meningkatkan kecekapan dan integriti perkhidmatan awam melalui pendigitalan proses permohonan bagi mengurangkan kerenah birokrasi serta empercepat urusan rakyat. Selain itu, BN akan menubuhkan Unit Integriti Bebas di setiap jabatan utama untuk memantau tatalaku penjawat awam dan membanteras amalan rasuah. Langkah ini memastikan pentadbiran kerajaan negeri lebih telus, efisien dan berintegriti, demi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem kerajaan yang bersih dan beramanah.
Memperkasakan Mahkamah Anak Negeri
Memperkasakan Mahkamah Anak Negeri dengan memastikan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri diterajui oleh Pribumi yang memahami dan arif tentang undang-undang serta adat tempatan. BN juga akan meneliti semakan gaji dan cadangan agar kakitangan Mahkamah Anak Negeri dilantik sebagai kakitangan tetap kerajaan, demi menjamin kebajikan dan profesionalisme mereka. Usaha ini penting bagi memperkukuh sistem keadilan adat serta memelihara warisan dan maruah masyarakat Pribumi Sabah.
Transformasi Politik & Tadbir Urus
Undang-Undang
Tuntutan Kuota 35% Kerusi Parlimen
Memperjuangkan semakan semula 35% jumlah kerusi Parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk Sabah dan Sarawak. Langkah ini penting bagi memastikan keseimbangan suara dan kepentingan Sabah dan Sarawak di peringkat persekutuan. BN komited mempertahankan hak politik dan kedudukan Sabah sebagai rakan setara dalam pembentukan Malaysia.
Transformasi Dewan Undangan Negeri
Melaksanakan Transformasi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan memperkasa Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan (Select Committee) sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap isu serta dasar-dasar kerajaan. Inisiatif ini bertujuan memastikan ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan dalam setiap keputusan pentadbiran. BN percaya, DUN yang berfungsi dengan lebih profesional dan berintegriti akan memperkukuh demokrasi serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap fungsi Dewan Undangan Negeri.
Reformasi Undang-Undang
Melaksanakan reformasi undang-undang bagi memastikan negeri memiliki kepentingan pemilikan dan menikmati hasil secara adil dalam semua operasi pengeluaran, pengurusan dan perniagaan hiliran sumber asli serta mineral. Langkah ini penting bagi menjamin Sabah tidak lagi menjadi sekadar penyumbang sumber, tetapi turut mendapat pulangan ekonomi yang setimpal. BN komited memastikan hasil bumi Sabah diurus secara telus, berdaya saing dan memberi manfaat terus kepada rakyat.
Penambahan 6 DUN Lantikan
Mencadangkan penambahan 6 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan bagi mewakili golongan minoriti di Sabah. Langkah ini bertujuan memastikan setiap komuniti, tanpa mengira latar belakang mempunyai suara yang adil dalam proses penggubalan dasar negeri. BN percaya Sabah akan menjadi negeri contoh dalam politik inklusif, adil dan berteraskan kesejahteraan semua rakyatnya.
Sesi Dialog Khas Terbuka Wakil Rakyat
Memperkenalkan Sesi Dialog Khas Terbuka (TownHall) Wakil Rakyat Bersama Rakyat di setiap kawasan sebagai platform libat urus secara langsung dan akauntabiliti. Melalui sesi ini, rakyat berpeluang menyuarakan pendapat serta mendapatkan maklum balas terus daripada wakil rakyat. Inisiatif ini memastikan pemimpin lebih dekat dengan rakyat, memahami isu setempat, mendengar dan bertindak secara telus serta bertanggungjawab.
Had Tempoh Jawatan Ketua Menteri
Mencadangkan had tempoh maksimum dua penggal bagi jawatan Ketua Menteri sebagai langkah memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam kepimpinan negeri. Reformasi ini bertujuan mengelakkan pemusatan kuasa terlalu lama kepada seseorang individu agar membuka ruang kepada kepimpinan baharu yang lebih segar, dinamik dan berpaksikan kepentingan rakyat, dan memperkukuhkan prinsip demokrasi.
Muatturun Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1)
Soalan Lazim (FAQ)
Manifesto BN Sabah 2025
Manifesto Barisan Nasional Sabah bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah Ke-17 dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Sabah Satu atau RPS1
Apakah fokus utama Manifesto BN Sabah 2025?
Meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pemacuan ekonomi, pembaikan infrastruktur asas (air, elektrik, jalan, internet), peluang pekerjaan dan pendidikan, perlindungan sosial B40, serta tadbir urus telus.
Bagaimana manifesto memastikan manfaat sampai ke luar bandar?
Melalui 1 Daerah 1 Industri (1D1I), dana pelancongan desa, mini-grid biojisim pedalaman, rumah
transit belia bandar, koperasi belia daerah, dan naik taraf jalan penghubung.
Adakah semua janji bermula serta-merta?
Tidak semua. Ada yang bertahap/berkala (contohnya projek besar infrastruktur dan reform perundangan), dengan garis masa dinyatakan pada setiap program.
Bagaimana keutamaan ditetapkan?
Berdasarkan impak kepada kos sara hidup, akses perkhidmatan asas, peluang pekerjaan, dan ekuiti wilayah (bandar–luar bandar).