3

RANCANGAN PEMBANGUNAN SABAH satu (RPS1)

Pendidikan Berkualiti
Untuk Semua

Pendidikan Berkualiti Untuk Semua

Pendidikan

Pendidikan Tinggi Percuma

Semua pelajar yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) MILIK kerajaan negeri Sabah akan menikmati yuran pengajian percuma sepenuhnya, sebagai pelaburan jangka panjang untuk membinagenerasi berpendidikan, berkemahiran, dan berdayasaing.

Skim IKHLAS

Merupakan inisiatif bagi membantu anak-anak Sabah yang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS). Melalui skim ini, pelajar Sabah akan menerima insentif tunai secara one-off sebanyak RM2,000 bagi peringkat Diploma dan RM2,500 bagi peringkat Sarjana Muda sebagai sokongan awal bagi menampung keperluan pendaftaran dan permulaan. Perbelanjaan. Langkah ini membuktikan komitmen BN untuk membantu golongan B40, agar tiada anak Sabah tercicir bagi melanjutkan pengajian kerana kekangan kewangan.

Insentif Tambang Tiket Kapal Terbang (GRADWINGS)

Bantuan khas untuk meringankan beban pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Melalui skim ini, pelajar layak menerima insentif tambang tiket kapal terbang (one-off) sehingga RM1,000 bagi perjalanan ke institusi pengajian. Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan BN terhadap cabaran pelajar luar negeri, memastikan setiap anak Sabah mendapat peluang pendidikan tinggi tanpa terbeban dengan kos perjalanan.

Kad SISWA

Ialah bantuan tunai tahunan bernilai RM500 setahun yang diberikan kepada pelajar Sabah sebagai sokongan pembelajaran. Kad ini boleh digunakan untuk membeli alat tulis, buku, laptop, serta membayar yuran pengajian di institusi pendidikan. Inisiatif ini membuktikan komitmen Barisan Nasional dalam memastikan setiap pelajar Sabah mempunyai kemudahan pembelajaran lengkap tanpa mengira latar belakang keluarga.

Skim Bantuan Yuran Tadika Anak Sabah (INTAN)

Diperkenalkan bagi meringankan beban ibu bapa di Sabah. Melalui skim ini, setiap anak Sabah berumur 5 dan 6 tahunlayak menerima bantuan sebanyak RM300 setahun untuk bayaran yuran tadika.

Penubuhan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Merupakan langkah penting Barisan Nasional dalam memperkukuh pendidikan tinggi dalam bidang perundangan. Ia juga membuka peluang kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti tempatan di negeri Sabah. Inisiatif ini mencerminkan komitmen BN dalam melahirkan generasi profesional dan celik undang-undang yang memahami realiti sosio-budaya dan sistem perundangan negara.

Muatturun Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1)

Soalan Lazim (FAQ)

Manifesto BN Sabah 2025

Manifesto Barisan Nasional Sabah bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah Ke-17 dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Sabah Satu atau RPS1

Meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pemacuan ekonomi, pembaikan infrastruktur asas (air, elektrik, jalan, internet), peluang pekerjaan dan pendidikan, perlindungan sosial B40, serta tadbir urus telus.

Melalui 1 Daerah 1 Industri (1D1I), dana pelancongan desa, mini-grid biojisim pedalaman, rumah
transit belia bandar, koperasi belia daerah, dan naik taraf jalan penghubung.

Tidak semua. Ada yang bertahap/berkala (contohnya projek besar infrastruktur dan reform perundangan), dengan garis masa dinyatakan pada setiap program.

Berdasarkan impak kepada kos sara hidup, akses perkhidmatan asas, peluang pekerjaan, dan ekuiti wilayah (bandar–luar bandar).