5

RANCANGAN PEMBANGUNAN SABAH satu (RPS1)

Masyarakat Sihat &
Negeri Kebajikan

Masyarakat sihat & negeri kebajikan

Kesihatan

Skim Perlindungan Kesihatan Percuma, Skim Prihatin Sabah (PRIHATIN)

Melaksanakan Skim Perlindungan Kesihatan Percuma, Skim Prihatin Sabah (PRIHATIN) khusus untuk golongan B40 yang menghidapi penyakit kritikal serta memerlukan rawatan kimoterapi dan dialisis. Inisiatif ini bertujuan memastikan tiada rakyat Sabah terbeban dengan kos rawatan yang tinggi, sambil menjamin akses rawatan kesihatan yang adil dan menyeluruh.

Dana Sukarelawan Kesejahteraan Luar Bandar

Dana Sukarelawan Kesejahteraan Luar Bandar bagi menyokong petugas dan sukarelawan yang melaksanakan khidmat masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman meliputi pemeriksaan kesihatan, kebajikan dan pendidikan komuniti. Dana ini akan menampung keperluan asas seperti kos pengangkutan, komunikasi, logistik dan penginapan sepanjang tempoh penugasan.

Masyarakat sihat & negeri kebajikan

Kesejahteraan & Kebajikan

Sanggar Kasih

Menubuhkan SANGGAR KASIH, iaitu Perkampungan Prihatin Komuniti khas untuk warga emas dengan kerjasama pihak kerajaan dan swasta. Projek ini menyediakan tempat tinggal yang selamat dan, selesa dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan harian, rawatan kesihatan asas, sokongan psikososial serta aktiviti kemasyarakatan bagi warga emas yang memerlukan tempat perlindungan. BN percaya jasa dan pengorbanan generasi terdahulu wajar dihargai dengan penyediaan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk menyokong kehidupan yang lebih sejahtera agar mereka tidak rasa dipinggirkan dalam arus Pembangunan negara.

Penggubalan Akta Anti Buli

Menyokong penuh penggubalan Akta Anti Buli serta penubuhan Tribunal Khas Anti Buli di bawah akta tersebut yang turut melibatkan wakil dari Sabah dan Sarawak. Langkah ini penting untuk menangani isu buli secara menyeluruh, sama ada di sekolah, tempat kerja,institusi latihan atau alam siber. BN percaya keselamatan dan maruah setiap individu mesti dilindungi, dan keadilan mesti ditegakkan tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

Penubuhan Majlis Perpaduan Sabah

Menubuhkan Majlis Perpaduan Sabah di bawah Jabatan Ketua Menteri, yang melibatkan wakil setiap etnik, agama dan daerah. Majlis ini akan menjadi platform rasmi bagi memperkukuh perpaduan, keharmonian sosial dan integrasi antara masyarakat majmuk di Sabah. Ia juga berperanan sebagai badan penasihat dan penyelaras dasar perpaduan negeri melalui program dialog, program kebudayaan dan program komuniti bersepadu. BN percaya Sabah akan menjadi contoh terbaik dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian penduduknya.

Muatturun Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1)

Soalan Lazim (FAQ)

Manifesto BN Sabah 2025

Manifesto Barisan Nasional Sabah bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah Ke-17 dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Sabah Satu atau RPS1

Meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pemacuan ekonomi, pembaikan infrastruktur asas (air, elektrik, jalan, internet), peluang pekerjaan dan pendidikan, perlindungan sosial B40, serta tadbir urus telus.

Melalui 1 Daerah 1 Industri (1D1I), dana pelancongan desa, mini-grid biojisim pedalaman, rumah
transit belia bandar, koperasi belia daerah, dan naik taraf jalan penghubung.

Tidak semua. Ada yang bertahap/berkala (contohnya projek besar infrastruktur dan reform perundangan), dengan garis masa dinyatakan pada setiap program.

Berdasarkan impak kepada kos sara hidup, akses perkhidmatan asas, peluang pekerjaan, dan ekuiti wilayah (bandar–luar bandar).