1

RANCANGAN PEMBANGUNAN SABAH satu (RPS1)

Kemakmuran Ekonomi &
Kesejahteraan Hidup

Kemakmuran Ekonomi & Kesejahteraan Hidup

Kesejahteraan Ekonomi Rakyat

Dana Kemakmuran Negeri Sabah

Penubuhan Dana Kemakmuran Negeri Sabah sebagai simpanan dan pelaburan jangka panjang secara stratejik demi kemakmuran dan generasi masa depan rakyat Sabah. Sumber kewangan dana ini daripada hasil bumi negeri Sabah, pelaburan strategik negeri, sumbangan daripada GLC, GLIC, Swasta, Petronas dan lain-lain.

Rumah Untuk Rakyat (Rumah SabahKu)

Pembinaan Rumah SabahKu, rumah mampu milik sebagairumah pertama untuk golongan B40 dan M40 sebanyak 15 ribu buah setahun. Ia bertujuan memastikan setiap rakyat memiliki kediaman sendiri yang selesa dan berkualiti di samping dapat membina komuniti yang lebih sejahtera, dengan pembangunan kawasan terancang dan isu setinggan dapat dikurangkan.

Dana Khas Baik Pulih Rumah

Dana Khas Baik Pulih Rumah disediakan untuk membantu mangsa di kalangan B40 memulihkan kerosakan rumah akibatbencana alam seperti banjir, kebakaran, dan tanah runtuh dengan sumbangan maksimum sehingga RM10,000 bagi setiap penerima.

Skim Bantuan Belian Makanan Tunai (MYMAS)

Skim Bantuan Belian Makanan Tunai (MyMAS) sebanyak RM100 sebulan diberikan kepada golongan B40, sebagai TAMBAHAN kepada sumbangan Kerajaan Persekutuan melalui program MySARA. Langkah ini sebagai usaha kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.

Amanah Saham Anak Sabah (ANAS)

Amanah Saham Anak Sabah (ANAS) menawarkan pelaburan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap anak Sabah yang lahir mulai 1 Januari 2026, sebagai inisiatif untuk menjamin masa depan generasi muda negeri ini. Pengeluaran hanya boleh dikeluarkan apabila penerima mencapai usia 18 tahun, selaras dengan objektif untuk memupuk budaya menabung serta memastikan simpanan jangka panjang yang dapat membantu persediaan kewangan masa depan, khususnya dalam bidang pendidikan.

Geran Perniagaan RM10,000 Setahun

Geran permulaan maksimum RM10,000 setahun kepada usahawan mikro dan PKS yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Keutamaan diberikan kepada golongan belia, wanita, dan B40 luar bandar yang layak, bagi menggalakkan penyertaan aktifdalam bidang keusahawanan. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan usahawan tempatan baharu serta mengurangkan kadar pengangguran belia luar bandar melalui penyediaan peluang dan sokongan keusahawanan yang mampan. Geran tanpa cagaran ini sebagai galakan awal untuk membantu rakyat Sabah membina perniagaan sendiri dan memperkukuh ekonomi tempatan.

Perbankan Berkonsepkan Bank Desa

Yayasan Usaha Maju (YUMS) akan diperkasakan sebagai Bank YUMS, sebuah entiti perbankan berkonsepkan Bank Desa untuk memperluas akses kewangan kepada penduduk luar bandar. Tujuannya ialah menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan kepada mereka yang terlibat atau ingin menceburi aktiviti ekonomi berdaya maju, seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan dan memperkukuh ekonomi setempat bagi menyumbang kepada KDNK negeri. Fokus diberikan kepada wanita, graduan universiti dan individu berkemahiran sebagai pemacu ekonomi desa moden.

Membina Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu

Yayasan Usaha Maju (YUMS) akan diperkasakan sebagai Bank YUMS, sebuah entiti perbankan berkonsepkan Bank Desa untuk memperluas akses kewangan kepada penduduk luar bandar. Tujuannya ialah menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan kepada mereka yang terlibat atau ingin menceburi aktiviti ekonomi berdaya maju, seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan dan memperkukuh ekonomi setempat bagi menyumbang kepada KDNK negeri. Fokus diberikan kepada wanita, graduan universiti dan individu berkemahiran sebagai pemacu ekonomi desa moden.

Pelabuhan Baharu Kudat

Dengan pembinaan Pelabuhan Baharu Kudat yang moden serta pewujudan kawasan Free Trade Zone (FTZ), Sabah bakal muncul sebagai Hab Ekonomi Maritim yang strategik, menghubungkan Asia Tenggara dengan pasaran global. Kedudukan Sabah yang berada di tengah-tengah laluan perdagangan antara Asia Timur dan Asia Tenggara menjadikan Kudat sebagai “Northern Gateway” bagi BIMP-EAGA, sekaligus memperkukuh rangkaian perdagangan, menarik pelaburan asing, merangsang industri eksport dan membuka peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Sabah.

Menstruktur Semula Pentadbiran Wilayah/Daerah

Langkah menstruktur semula pentadbiran wilayah dan daerah Sabah dilaksanakan dengan pembahagian kepada enam (6) Wilayah Ekonomi Baharu, berasaskan sosioekonomi dan potensi industri setempat. Berpaksikan prinsip “1 Daerah 1 Industri” , setiap daerah digalakkan memanfaatkan kekuatan tempatan dengan membangunkan produk huluan dan hiliran melalui penubuhan kilang pemprosesan, membuka peluang pekerjaan, dan memperluas pasaran perniagaan tempatan. Ini juga akan mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar ke arah ekonomi Sabah yang lebih seimbang dan berdaya saing.

Menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo

Menyiapkan sepenuhnya Lebuhraya Pan Borneo dalam tempoh lima tahun, dengan memastikan penyelenggaraan, pembinaan dan penaiktarafan jalan utama serta akses luarbandar dilaksanakan secara konsisten. Pada masa sama, membina jalan penghubung antara pekan dan kawasan luar bandar di sepanjang laluan Pan Borneo bagi menjamin limpahan ekonomi yang seimbang dan berterusan di seluruh negeri. membangunkan produk huluan dan hiliran melalui penubuhan kilang pemprosesan, membuka peluang pekerjaan, dan memperluas pasaran perniagaan tempatan. Ini juga akan mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar ke arah ekonomi Sabah yang lebih seimbang dan berdaya saing.

Penubuhan Suruhanjaya Air Sabah (SAS)

Penubuhan Suruhanjaya Air Sabah (SAS) sebagai sebuah badan bebas dan profesional yang berperanan memastikan pengurusan air di Sabah lebih telus, cekap, dan mampan. Suruhanjaya ini akan menggabungkan kepakaran pelbagai pihak termasuk jurutera, pakar air, akauntan, wakil akademik, wakil NGO pengguna serta wakil kerajaan negeri bagi memastikan dasar dan pelaksanaan sektor air dikawal selia secara holistik dan memastikan kadar gangguan bekalan air berkurangan sehingga di bawah 5% setahun menjelang 2030.

Tenaga Elektrik / Solar

Bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri serta menarik pelabur asing dalam usaha meningkatkan peluang pekerjaan BN akan meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga elektrik antara 3,000 hingga 5,000 Megawatt. serta membekalkan BESS - Solar Battery Energy Storage Sistem untuk setiap KIR golongan B40 sebagai sumber tenaga alternatif.

Digital Sabah

Memperluaskan liputan internet di seluruh Sabah dalam tempoh lima tahun, bagi memastikan setiap kawasan termasuk luar bandar dan pedalaman menikmati akses internet stabil, pantas dan mampu milik. Usaha ini melibatkan pembangunan infrastruktur digital menyeluruh melalui pembinaan menara komunikasi baharu, peluasan rangkaian fiber optik, serta jaminan kelajuan minimum 100Mbps di kawasan pedalaman. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan utama bagi memastikan kesamarataan akses digital, sekaligus memacu pembangunan ekonomi digital, pendidikan, keusahawanan, serta penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan inklusif di seluruh negeri.

Smart City

Bandar-bandar utama di Sabah dijadikan sebagai “Smart City” melalui pembangunan infrastruktur digital yang menyeluruh. Inisiatif ini akan melibatkan pemasangan sistem bandar pintar seperti rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, pencahayaan pintar, serta penyediaan perkhidmatan kerajaan digital dan e-dagang tempatan. Pendekatan ini bertujuan mewujudkan bandar yang lebih efisien, selamat dan hijau sekaligus menjadikan Sabah peneraju pembangunan bandar pintar di Malaysia timur.

Pelan Induk Mitigasi Banjir Sabah 2030

Pelan Induk Mitigasi Sabah 2030 akan dilaksanakan sebagai pelan bersepadu dengan peruntukan khas yang disediakan oleh Kerajaan persekutuan untuk mengurangkan risiko banjir secara menyeluruh di seluruh negeri. Pelan ini menumpukan kepada peningkatan kecekapan sistem tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur saliran utama, serta pelaksanaan program pembersihan sungai-sungai besar dan parit bandar secara berkala. Langkah ini bertujuan memastikan pengurusan air hujan dan limpahan sungai lebih sistematik, mengurangkan kerosakan harta benda, dan melindungi kesejahteraan penduduk di kawasan terjejas banjir

Kemakmuran Ekonomi & Kesejahteraan Hidup

Ekonomi Mampan Demi Masa Depan

Sabah Sebagai Hub Keterjaminan Makanan

Mengaplikasikan Agro-pertanian moden dan teknologi tinggi dalam penanaman semula padi bagi meningkatkan produktiviti hasil tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada import beras. Keluasan dan kesuburan tanah Sabah dimanfaatkan untuk pertanian moden, termasuk mengusahakan semula kawasan terbiar bagi tanaman padi dengan penggunaan Sistem Pertanian Pintar (Smart Farming). Bagi menyokong inisiatif ini, Bank Benih Sabah akan ditubuhkan sebagai pusat penyimpanan, penyelidikan dan pembiakan benih padi tempatan berkualiti dan mempunyai daya ketahanan tinggi. Langkah ini menjadikan Sabah sebagai pusat peneraju agro-inovasi dan keterjaminan makanan, serta memperkukuh ekonomi luar bandar berasaskan sumber pertanian tempatan.

Hab Pengeluaran & Eksport Makanan Laut

Menjadikan Sabah sebagai hab pengeluaran dan eksport makanan laut dengan memanfaatkan keluasan laut dan kekayaan sumber marin negeri. Inisiatif ini akan memperkukuh industri perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan laut, sekali gus menjadikan Sabah pusat pengeluaran dan eksport makanan asas serta premium sumber marin untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Satu Negara Satu Harga

Memodenkan Pelabuhan Sepanggar untuk menjadi Hab Transshipment Strategik Borneo, bagi mengurangkan kos dan melonjakkan logistik sabah, serta mempercepatkan rantaian bekalan, dalam menyokong pelaksanaan dasar Satu Harga, Satu Negara untuk Sabah dan Sarawak. Ia juga sebagai pemangkin kepada keadilan dan kesamarataan harga dengan Semenanjung. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kepada pelabuhan perantara di Semenanjung atau luar negara, sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi, penjimatan kos logistik serta menurunkan kos penghantaran barangan ke seluruh Sabah.

Wilayah Ekonomi Sempadan Sabah dan Indonesia

Memperkasakan kawasan pertumbuhan ekonomi baharu termasuk Zon Perdagangan Bebas di Sempadan Sabah–Kalimantan bagi merangsang pertumbuhan dan limpahan ekonomi ke Sabah. Inisiatif ini mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai pintu masuk utama Malaysia ke Ibu Kota Nusantara (IKN) dengan membangunkan ekosistem perdagangan bebas rentas sempadan, serta mewujudkan peluang ekonomi baharu bagi masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman.

Kemakmuran Ekonomi & Kesejahteraan Hidup

Pelancongan & Kebudayaan

Barn
Dana Pelancongan Desa

Menubuhkan Dana Pelancongan Desa Komuniti bagi membantu penduduk luar bandar membangunkan kemudahan pelancongan seperti inap desa, dan ekopelancongan. Inisiatif ini bertujuan menjadikan pelancongan desa dan komuniti inap desa sebagai pemacu utama ekonomi luarbandar Sabah dengan memberdayakan komuniti luar bandar menjadi usahawan pelancongan tempatan.

Pemerkasaan Industri Pelancongan Tempatan

Melindungi dan memperkukuh industri pelancongan tempatan melalui penguatkuasaan peraturan pelesenan yang ketat serta mewajibkan penggunaan khidmat syarikat pelancongan tempatan. Langkah ini bertujuan menjamin kualiti perkhidmatan, melindungi kepentingan pengusaha tempatan,serta memastikan manfaat ekonomi pelancongan meningkat dan dinikmati oleh rakyat.

Dana Kreatif Sabah

Menubuhkan Dana Kreatif Sabah bagi menyokong pembangunan industri kreatif tempatan serta memperkasakan Akademi Kreatif Seni dan Budaya Sabah sebagai pusat latihan, pembangunan bakat dan inkubator kepada anak seni tempatan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penghasilan karya seni, muzik, filem dan kandungan digital tempatan yang berkualiti.

Muatturun Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1)

Soalan Lazim (FAQ)

Manifesto BN Sabah 2025

Manifesto Barisan Nasional Sabah bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah Ke-17 dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Sabah Satu atau RPS1

Meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pemacuan ekonomi, pembaikan infrastruktur asas (air, elektrik, jalan, internet), peluang pekerjaan dan pendidikan, perlindungan sosial B40, serta tadbir urus telus.

Melalui 1 Daerah 1 Industri (1D1I), dana pelancongan desa, mini-grid biojisim pedalaman, rumah
transit belia bandar, koperasi belia daerah, dan naik taraf jalan penghubung.

Tidak semua. Ada yang bertahap/berkala (contohnya projek besar infrastruktur dan reform perundangan), dengan garis masa dinyatakan pada setiap program.

Berdasarkan impak kepada kos sara hidup, akses perkhidmatan asas, peluang pekerjaan, dan ekuiti wilayah (bandar–luar bandar).