6

RANCANGAN PEMBANGUNAN SABAH satu (RPS1)

Kelestarian
Sumber

Kelestarian Sumber

Minyak & Gas

Penubuhan Majlis Petroleum Sabah

Menubuhkan Majlis Petroleum Sabah (Sabah Petroleum Council) bagi menyelaras semua pemain industri minyakdan gas, mengaudit nilai sebenar hasil yang digali oleh Petronas, serta meneroka potensi industri hiliran untukmanfaat ekonomi negeri. Penubuhan majlis ini memastikan ketelusan, akauntabiliti dan kawalan strategik Sabah terhadap sumber tenaga utamanya. BN komited agar hasil bumi Sabah dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Reformasi Industri Minyak Sabah

Menstruktur semula semua syarikat minyak dan gas milik Kerajaan Negeri bagi memastikan kawalan penuh ke atas sumber asli Sabah serta meningkatkan hasil melalui rantaian industri yang lengkap, daripada pengeluaran hingga ke sektor hiliran. Langkah ini akan memperkukuh keupayaan negeri dalam pengurusan sumber tenaga, menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memastikan kekayaan hasil bumi Sabah dinikmati rakyat sendiri.

Prioriti Pekerjaan Anak Sabah

Mewajibkan setiap syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Sabah untuk memberi sekurang-kurangnya 50% peluang pekerjaan kepada anak Sabah yang berkemahiran tinggi. Dasar ini bertujuan memastikan rakyat Sabah menjadi peneraju dalam industri strategik negeri sendiri, selaras dengan hak dan potensi tenaga kerja tempatan. BN komited melahirkan tenaga mahir Sabah yang kompeten dan dihargai dalam sektor berteknologi tinggi.

30% Penglibatan Syarikat Tempatan Sabah

Mewajibkan sekurang-kurangnya 30% penglibatan syarikat tempatan Sabah dalam setiap perolehan dan kerja-kerja kontrak sektor minyak dan gas. Langkah ini memastikan manfaat ekonomi hasil industri strategik ini dinikmati oleh pemain industri serta tenaga kerja tempatan. BN beriltizam memperkukuh ekosistem indust ri minyak dan gas Sabah agar lebih inklusif, berdaya saing dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh.

Dana Pendidikan Petroleum Sabah

Memastikan Petronas menyalurkan dana dan biasiswa khas kepada anak-anak Sabah berdasarkan kuota khas bagi pengajian dalam bidang minyak, gas, kejuruteraan petroleum dan kursus berkaitan. Inisiatif ini bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan yang mampu menerajui industri strategik negeri. BN percaya pelaburan dalam pendidikan anak Sabah adalah kunci kepada penguasaan teknologi, kemajuan industri, dan masa depan ekonomi sabah yang lebih berdaya saingmemperkukuh ekosistem indust ri minyak dan gas Sabah agar lebih inklusif, berdaya saing dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh.

Kuota Khas Anak Sabah Diperkukuh

Memastikan kuota penempatan khas anak Sabah di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) diperkukuh dan diperuntukkan setiap tahun. Ini merangkumi laluan kemasukan yang jelas, biasiswa/penajaan berkaitan, serta jaminan latihan industri di syarikat minyak & gas. Usaha ini adalah untuk membuka peluang pendidikan setara buat anak tempatan Sabah agar ianya dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir Sabah dalam bidang petroleum, sekaligus mengukuhkan penguasaan anak tempatan dalam industri strategik negeri.

Kelestarian Sumber

Tenaga Boleh Diperbaharui

Meneroka Tenaga Boleh Diperbaharui

Meneroka pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidro mini dan biojisim bagi mengatasi defisit bekalan elektrik di Sabah. Selain itu, BN akan mewujudkan dana khas untuk penyelidikan (R&D) dan kajian impak menyeluruh bagi memastikan pembangunan tenaga hijau dilaksana secara mampan dan berkesan. Inisiatif ini memperkukuh keselamatan tenaga negeri serta menyokong agenda Sabah menuju masa depan hijau dan lestari.

Membina Loji Tenaga Elektrik Biojisim

Membina loji tenaga elektrik berasaskan biojisim di kawasan pedalaman melalui projek mini-grid, bagi membekalkan elektrik kepada kawasan yang belum disambung ke grid utama. Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan tenaga bersih dan mampan, tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk luar bandar. BN komited memastikan setiap rakyat Sabah, tanpa mengira lokasi, menikmati kemudahan asas yang setara dan berkualiti.

Muatturun Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1)

Soalan Lazim (FAQ)

Manifesto BN Sabah 2025

Manifesto Barisan Nasional Sabah bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah Ke-17 dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Sabah Satu atau RPS1

Meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pemacuan ekonomi, pembaikan infrastruktur asas (air, elektrik, jalan, internet), peluang pekerjaan dan pendidikan, perlindungan sosial B40, serta tadbir urus telus.

Melalui 1 Daerah 1 Industri (1D1I), dana pelancongan desa, mini-grid biojisim pedalaman, rumah
transit belia bandar, koperasi belia daerah, dan naik taraf jalan penghubung.

Tidak semua. Ada yang bertahap/berkala (contohnya projek besar infrastruktur dan reform perundangan), dengan garis masa dinyatakan pada setiap program.

Berdasarkan impak kepada kos sara hidup, akses perkhidmatan asas, peluang pekerjaan, dan ekuiti wilayah (bandar–luar bandar).