- This event has passed.
Hari Penamaan Calon
November 15, 2025 @ 8:00 AM

Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon daripada MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selain UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Namun, calon MIC dijangka tidak bertanding kerana jumlah pengundi India di Sabah yang kecil.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebanyakan calon BN terdiri daripada muka baharu dan profesional. Beliau menegaskan tiada pertindihan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan selepas kerjasama dimuktamadkan.
Sementara itu, jumlah kerusi yang akan ditandingi BN akan diumumkan pada hari penamaan calon. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 16 Oktober ini bagi menentukan tarikh penting PRN Sabah ke-17.