BN Sabah Sokong Keputusan Tak Bertanding Di Batu Sapi, Utamakan Kerja Bantu Rakyat

KOTA KINABALU, 10 Okt –  “Adalah lebih baik bagi kerajaan Negeri dan Barisan Nasional (BN) memberikan tumpuan untuk membantu rakyat menangani keperitan hidup yang terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat pandemik Covid 19 yang belum berkesudahan ini” demikian menurut Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Justeru jelas beliau BN Sabah bukan sahaja menghormati malah menyokong  Keputusan BN pusat  untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi mencegah penularan Covid-19.

Bung yang juga merupakan Pengerusi BN Sabah berkata perkara ini telah pun dibincangkan di peringkat BN negeri yang sememangnya sebelum ini mengambil keputusan yang sama dengan keputusan pucuk pimpinan BN Pusat .

” BN Sabah menghormati dan menyokong keputusan tersebut memandangkan Sabah ketika ini berhadapan dengan gelombang Pandemik Covid-19 yang angkanya saban hari meningkat dan amat membimbangkan” katanya.

Pengerusi BN pusat Datuk Seri  Dr.Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini dalam kenyataan medianya berkata , keputusan itu diambil bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri berkenaan.

Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, BN mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Parlimen Batu Sapi kerana merasakan Covid-19 perlu  dielakkan dari menular, sekiranya PRK diadakan sebagaimana dialami sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri I seterusnya berkata fokas kerajaan negeri ketika ini adalah membendung Penularan wabak virus Covod-19 daripada menular.

Tegas beliau yang juga Menteri Kerja Raya sudah tiba masanya untuk ahli-ahli politik di negeri ini melangkaui sempadan parti untuk bersolidariti bersama tanpa mengira fahaman politik demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. – UMNO Online

” Bukan masanya menuding jari antara satu sama lain segala punca peningkatan wabak Covid -19 ,perkara ini adalah musibah yang perlu ditangani bersama tanpa mengira fahaman politik ” ujarnya.

Dalam hubungan ini menurut Bung mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor baru baru ini kerajaan bersetuju memperuntukan sejumlah RM50 juta bagi membasmi penularan pandemik Covid-19 selain membantu rakyat yang terjejas di negeri berkenaan.

Katanya  RM10 juta daripada dana tersebut digunakan untuk memberikan bakul berisi makanan asas kepada penduduk di empat daerah iaitu Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak yang sekarang ini diisytiharkan sebagai zon merah akibat jangkitan Covid-19 yang meningkat secara drastik.

“Kerajaan akan menyalurkan bantuan makanan kepada semua yang penduduk di daerah-daerah ini,” katanya

You might also like