Wanita Sabah Terus Gerak Ke Depan, Bantu Parti Capai Kemenangan

Wanita UMNO Sabah hari ini bertegas untuk terus bergerak dan akan sedaya upaya membantu calon-calon yang diketengahkan parti sekaligus membentuk kerajaan negeri bersama rakan-rakan gabungan yang lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini. Ketuanya Datuk Jainab Ahmad berkata apa yang penting hari ini jentera wanita akan berkerjasama dengan jentera parti pelbagai peringkat termasuklah sayap Pemuda, Puteri dan seluruhnya demi membantu parti dalam menghadapi PRN.

You might also like